08 October 2014

GERHANA BULAN (UMBRA, BULAN BERDARAH)








Satu fenomena gerhana bulan penuh juga disebut sebagai “bulan berdarah” berikutan keseluruhan permukaan bulan yang dilihat dari bumi berwarna merah dijangka berlaku pada Rabu 8 Oktober 2014.

Gerhana bulan penuh terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam garisan lurus turut boleh disaksikan di Malaysia, Selain negara ini, kawasan barat Australia, tengah Asia dan Afrika turut dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh tersebut.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Berdarah 8 Oktober 2014 Di Malaysia.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Malaysia. Orang ramai yang berada di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan gerhana ini bermula awal fasa Bulan Penuh pada jam 6.25 petang.


Untuk di Semenanjung Malaysia pula dimaklumkan orang ramai hanya dapat menyaksikan Gerhana Bulan Separa iaitu apabila Bulan telah keluar daripada fasa Bulan Penuh.







Jom setkan masa anda, tengok gerhana bulan hari ini  





No comments:

Post a Comment