28 October 2014

4 KUNCI ZUHUD




Perkataan “zuhud’ adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar “zahida” yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur’an dengan ungkapan “al-Zahidin” maksudnya ‘orang yang tidak suka’. 


Demikian juga penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beta tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza. Perkataan Zuhud dalam penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di alas. 


Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus, seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah SWT sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi dia mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya. 






TANDA TANDA ZUHUD ADALAH :-

Untuk mengetahui zuhud di dalam diri seseorang maka terdapat tiga petanda yang digariskan oleh Imam Ghazali’S iaitu:



1. Tidak merasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak merasa dukacita dengan apa yang hilang, iaitu berdasarkan kepada firman Allah SWT.
Ini adalah tanda zuhud pada harta.



2. Sikapnya sama sahaja sama ada dipuji atau dicela. 

Ini adalah tanda zuhud pada pangkat dan kedudukan.


3. Sentiasa mendampingi diri dengan Allah SWT. 
Hatinya sentiasa dipenuhi oleh kemanisan ketaatannya kepada Allah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong dari kemanisan dan kecintaan sama ada kepada Allah atau kepada yang lain.





- Perkongsian dr sahabat FB -

No comments:

Post a Comment